Hargai Diri

akal mengetahui potensi diri, lalu menghantar mesej ke dalam hati tentang mesej potensi diri, lalu disebarkan kesegenap tubuh, maka tubuh menjadi mampu berdiri sendiri....begitulah hidup manusia, dalam hidupnya berpesan-pesan

Tuesday, August 24, 2010

Mulut mu dan mulut ku

Petang semalam, saya tengok video tentang penderitaan warga Palestin, sedih tengok mereka kena tindas ngan orang kafir zionis laknatullah, dalam video tu jugak di pamerkan tentang semangat pejuang-pejuang Harakatul Muqawamtul Islamiah (HAMAS), dalam membina negara Palestin yang merdeka dan juga penglibatan mujahidin-mujahidin yang  rela bergabung dengan Hamas untuk mempertahankan Palestin . saya teringat kata-kata pejuang Hamas...kami tidak akan membenarkan mereka(Zionis) memasuki negara kami!.(Palestin).....
  

Tapi kalau tengok berita-berita dari barat, kite akan dapati mereka mengecop golongan-golongan pejuang sebagai pengganas, bukan Hamas je yang kene, tapi pejuang yang ade kat negara lain pun kene tempias , seperti pejuang yang  berjuang kat Afghanistan, Checnya, Kashmir, Selatan Thai dan lain-lain..

tapi tu semua adalah propaganda barat...propaganda tu ape? , propaganda dalam erti kata paling asasnya menyediakan maklumat dengan tujuan mempengaruhi masyarakat...tapi berape ramai yang paham propaganda tu ape ? pada saya, propaganda ni mempunyai 2 bahagian atau kegunaan iaitu kegunaan yang untuk kebaikan dan kegunaan untuk kejahatan...so kite boleh tengok la bahagian propaganda ni:



1.Tujuan Kebaikan...

Propaganda ni bertujuan utk menyampaikan risalah dan mesej kepada sasaran dan orang yang mendengar mesej-mesej kebaikan , contohnye mesej yang disampaikan dalam video yang saye tengok tu, dapat la rase 'nikmat' kene jajah ngan Israel tu supaye  jadi pengajaran kepada kite, saya teringat cerite abg saye  yang diceritakan kepada saye, kenalan die dari Palestin cerite, mase time dulu-dulu orang Palestin ni jual tanah kat zionis yang 'jujur lagi alim bagaikan  kucing' dan sekarang nilah hasilnye, so cerite tu leh jadi pengajaran kat orang  Islam  yang ade kat tempat lain juallah tanah anda kepada orang non muslim kalau nak nagis suatu hari nanti, propaganda juge boleh digunakan untuk menaikkan semangat dan mentarbiyah manusia jadi lebih baik, pastu propaganda ni juga boleh mengubah akidah seseorang yang bathil kepada akidah yang benar, saye teringat cerite orang kafir yang masuk Islam sebab layari laman web islam. hmm bagus jugak propaganda ni


2.Tujuan  Keburukan..
Saya tengok sejak akhir-akhir ni, Islam ni disamakan dengan masalah sosial, rasuah ...yang rasuah tu  ikut kate seorang non muslim kat Malaysia ni lah.. alih-alih rupenye die tengok laman web milik orang yang sesat..kesian, x pasal2 kene marah..............antare keburukan propaganda ialah, ia mampu memecahbelahkan perpaduan, pastu, propaganda ni pulak, ia mampu mengeluarkan fakta-fakta yang jauh menyimpang dari landasan sebenar fakta, contohnye kat barat, masjid-masjid telah didakwa menjadi pusat keganasan, macam kat denmark dan negara lain, pastu sampai kene tutup masjid-masjid tu ,hmmm, propaganda ni pulak adalah untuk memburuk-burukkan lawan ,hmm contohnye, mase perang Gaza ngan Israel, orang-orang zionis ni kate orang gaza hantar bom nak letupkan sekolah, hmm tapi yang die hantar bom fosforus tu dikate pertahan kan diri..adil ke?......baik tol zionis ni.hmmm....


tu jelah pendapat saye pasal propaganda ni, pesan saye, elak kan kontroversi, tingkatkan prestasi,KATAKAN TAK NAK PADA FITNAH dan KATAKAN NAK PADA FAKTA, hentikan mulut-mulut yang busuk dari berbicara  dan biarkan mulut-mulut yang wangi berbicara



 

1 comment:

  1. Mantap tul cerita mu. Aku tgh mnjejak blog..Jgn lupa follow aku kembali di http://faqirbugz.blogspot.com/

    ReplyDelete