Hargai Diri

akal mengetahui potensi diri, lalu menghantar mesej ke dalam hati tentang mesej potensi diri, lalu disebarkan kesegenap tubuh, maka tubuh menjadi mampu berdiri sendiri....begitulah hidup manusia, dalam hidupnya berpesan-pesan

Tuesday, August 24, 2010

Mulut mu dan mulut ku

Petang semalam, saya tengok video tentang penderitaan warga Palestin, sedih tengok mereka kena tindas ngan orang kafir zionis laknatullah, dalam video tu jugak di pamerkan tentang semangat pejuang-pejuang Harakatul Muqawamtul Islamiah (HAMAS), dalam membina negara Palestin yang merdeka dan juga penglibatan mujahidin-mujahidin yang  rela bergabung dengan Hamas untuk mempertahankan Palestin . saya teringat kata-kata pejuang Hamas...kami tidak akan membenarkan mereka(Zionis) memasuki negara kami!.(Palestin).....
  

Tapi kalau tengok berita-berita dari barat, kite akan dapati mereka mengecop golongan-golongan pejuang sebagai pengganas, bukan Hamas je yang kene, tapi pejuang yang ade kat negara lain pun kene tempias , seperti pejuang yang  berjuang kat Afghanistan, Checnya, Kashmir, Selatan Thai dan lain-lain..

tapi tu semua adalah propaganda barat...propaganda tu ape? , propaganda dalam erti kata paling asasnya menyediakan maklumat dengan tujuan mempengaruhi masyarakat...tapi berape ramai yang paham propaganda tu ape ? pada saya, propaganda ni mempunyai 2 bahagian atau kegunaan iaitu kegunaan yang untuk kebaikan dan kegunaan untuk kejahatan...so kite boleh tengok la bahagian propaganda ni:



1.Tujuan Kebaikan...

Propaganda ni bertujuan utk menyampaikan risalah dan mesej kepada sasaran dan orang yang mendengar mesej-mesej kebaikan , contohnye mesej yang disampaikan dalam video yang saye tengok tu, dapat la rase 'nikmat' kene jajah ngan Israel tu supaye  jadi pengajaran kepada kite, saya teringat cerite abg saye  yang diceritakan kepada saye, kenalan die dari Palestin cerite, mase time dulu-dulu orang Palestin ni jual tanah kat zionis yang 'jujur lagi alim bagaikan  kucing' dan sekarang nilah hasilnye, so cerite tu leh jadi pengajaran kat orang  Islam  yang ade kat tempat lain juallah tanah anda kepada orang non muslim kalau nak nagis suatu hari nanti, propaganda juge boleh digunakan untuk menaikkan semangat dan mentarbiyah manusia jadi lebih baik, pastu propaganda ni juga boleh mengubah akidah seseorang yang bathil kepada akidah yang benar, saye teringat cerite orang kafir yang masuk Islam sebab layari laman web islam. hmm bagus jugak propaganda ni


2.Tujuan  Keburukan..
Saya tengok sejak akhir-akhir ni, Islam ni disamakan dengan masalah sosial, rasuah ...yang rasuah tu  ikut kate seorang non muslim kat Malaysia ni lah.. alih-alih rupenye die tengok laman web milik orang yang sesat..kesian, x pasal2 kene marah..............antare keburukan propaganda ialah, ia mampu memecahbelahkan perpaduan, pastu, propaganda ni pulak, ia mampu mengeluarkan fakta-fakta yang jauh menyimpang dari landasan sebenar fakta, contohnye kat barat, masjid-masjid telah didakwa menjadi pusat keganasan, macam kat denmark dan negara lain, pastu sampai kene tutup masjid-masjid tu ,hmmm, propaganda ni pulak adalah untuk memburuk-burukkan lawan ,hmm contohnye, mase perang Gaza ngan Israel, orang-orang zionis ni kate orang gaza hantar bom nak letupkan sekolah, hmm tapi yang die hantar bom fosforus tu dikate pertahan kan diri..adil ke?......baik tol zionis ni.hmmm....


tu jelah pendapat saye pasal propaganda ni, pesan saye, elak kan kontroversi, tingkatkan prestasi,KATAKAN TAK NAK PADA FITNAH dan KATAKAN NAK PADA FAKTA, hentikan mulut-mulut yang busuk dari berbicara  dan biarkan mulut-mulut yang wangi berbicara



 

Istana Bertembok api

Ade sorang kawan saya ni, die seoarang mualaf, perempuan dan berasal dari Sabah, die berumur sama ngan  saya dan sedang mencari seoarang suami yang boleh menjadi pembimbing die dalam memahami Islam, sebab die pon baru 5 tahun bernafas sebagai seorang muslim, alhamdulillah, bertambah lagi umat Islam......

Di doakan die dapat suami yang baik lagi beramanah, hmm die ni cari suami yang boleh membimbing die ni, memanglah tugas suami kan bimbing isteri bukan merosak isteri, pastu die ni pulak cadangnya nak pergi ke Syria sebab nak belajar ilmu Allah kat sane.....so die nak la cari suami untuk jage die kat sane, saye doakan je die dapat suami yang senonoh dan baik, lagipun die baik, lagipun dalam Islam, tugas suami selain bagi nafkah, kan kene tarbiah isteri jadi baik,hehehe...teringat kata-kata seorang lecturer, kalau nak cari pemimpin, carilah pemimpin yang boleh tadbir keluarga dengan bagus.

  tapi saya risau la jugak kalau harapan die musnah macam tu je, sebab  saya dengar banyak citer la pasal muallaf ni jadi makin teruk sebab dapat pasangan yang alim sangat sampai tarbiah entah ke mane,, hmmm... risau lah jugak bile dengar tentang kes-kes artis kat Malaysia ni yang tidak tutup aurat, tapi nak tarbiah muallaf, pastu pasangan die tu kesianla, tak dapat apa yang diharapkan, saya pernah dengar la cerita orang kita ni kalau dapat pakwe  atau suami mat salleh bangga sangat sebab dapat orang luar negara tapi bagi saya, kalau kahwin ngan muallaf ni, pasangan perlu tarbiah jadi Muslim yang baik,  sikap ni la yang perlu diubah....hehe, tapi kalau orang kita kahwin dgn  awang hitam n mat mancung pun kene bangga jugak lah, sebab dorang pun orang luar negara, saya melihat juga, perkara tersebut akan menyebabkan mesej dakwah tak akan sampai, sebab yang nak mentarbiyah pun rosak, macam mana lah nak sasaran menjadi baik,saya terbaca kisah ketam mengajar anaknya berjalan lurus, mana mungkin si ibu ketam dapat ajar anaknya berjalan lurus, sedangkan dirinya jalan mengereng, yang paling dirsaukan, kebanyakan perkahwinan seumpama itu tidak akan kekal dan berkhir dengan penceraian. saya teringat hadis Nabi SAW yang bermaksud:
 Perbuatan halal yang dibenci Allah ialah Talak
                                                (Riwayat Abu Daud dan Hakim)
 Pasangan  juga perlu mlayan pasangan mereka secara yang baik, dan tidak menzalimi mereka
Firman Allah:


Dalam Islam juga, menyuruh pasangan melayan pasangan dengan baik, tidak menzalimi mereka
  Hai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mempusakai wanita dengan jalan paksa dan janganlah kamu menyusahkan mereka Karena hendak mengambil kembali sebagian dari apa yang Telah kamu berikan kepadanya, terkecuali bila mereka melakukan pekerjaan keji yang nyata. dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) Kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak. (Surah Al Nisa: 19)



Harapan saya pada kawan saya tu, kalau dah dapat suami, jadilah isteri yang baik, pastu kepada bakal pasangannyan menjadi pembimbing yang baik lagi beramanah sebab Allah berfrman yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman , peliharalah dirimu dan keluarga kamu dari azab naraka.., saya mendoakan kawan saya tu mendapat seorang lelaki yang soleh...amin 







Islamic Clock - Allah Muhammad Round - Alhabib Islamic Web Service and Accessories

Islamic Clock - Allah Muhammad Round - Alhabib Islamic Web Service and Accessories

Monday, August 23, 2010

Tahu,Buat,Sedar








Sekarang ni banyak aktiviti motivasi yang dianjurkan  oleh pelbagai pihak, macam pihak korporat, pihak penguatkuasa, haaaa, yang terbaru ni, kerajaan negeri kat Malaysia ni  dah buat program motivasi yang di namakan SPIES...spies tua ape? spies tu spiritual, pysical, emotional, spiritual..

tujaun program ni adalah untuk melahirkan masyarakat yang baik, termasuk golongan penguatkuasa, remaja, mahasiswa dan lain-lain ni....tapi persoalannya..berkesan ke program ni untuk melahirkan masyarakat yang baik?..fikiiiiiiir kan....

Sekarang ni banyak kes-kes zina, kes-kes yang melibatkan remaja,hmmm...penat je program ni diadakan..kat sini, diharapkan kepada :


1. Parti Politik
Parti politik ni mesti la jadikan sesuatu isu tu sangat penting, hentikanlah bertelagah, jadilah parti politik yang bersatu, barulah Malaysia ni jadi yang terbaik, contohnya, macam spies ni, kerajaan negeri ni dah buat, pihak satu lagi tu, sokonglah program spies tu, kalaupun dah dapat negeri tu balik, harap dapatlah teruskan program tu, kerana pada saya,  program tu bagus, kedua, parti pihak yang lain buatlah satu program yang bagus macam spies kat negeri-negeri yang ditadbir oleh dorang ni, selepas itu, disokong pula oleh pihak yang pelbagai warna tu, (yang perintah negeri Spies), tolong lah hentikan segala sengketa, fikirkan masalah ummah ini, ketiganya, pihak yang memerintah pula, tetapkanlah  dan kuatkuasakan undang-undang yang lebih ketat untuk  cegah perkara macam  ni dengan lebih tegas,saya teringat kata-kata seorang kenalan dari Singapura , kalau  kat sana, ada undang-undang yang memastikan lelaki yang mengandungkan pasangannya itu, mesti  tanggung pembelanjaan anak hasil cinta dorang tu.,so, kalau di Malaysia ni ada undang-undang  macam itu,  alangkah baiknya., seterusnya keempat, parti yang memerintah Malaysia ni , wujudkanlah skim bantuan untuk golongan muda dan golongan kurang berkemampuan yang   nak kahwin....kelima, tubuhkan squad yang lebih mantap untuk benteras zina, macam polis syariah  di  Acheh , fikirkan lah masalah ummah ini wahai pemimpin , bermuafakatlah kalian,  itulah harapan rakyat

Badan Bukan Kerajaan(NGO)
NGO ni perlu jugak jadi pihak yang bertanggungjawab dan elert dgn perkara  yang melibatkan zina ni, sebab zina ni barah kepada masyarakat, boleh rosak keturunan kita, diharapkan kepada NGO ni melakukan aktiviti yang boleh bagi kesedaran kepada golongan yang suka berzina ni, kedua, bekerjasama lah ngan parti politik sama ada yang satu warna atau yang pelbagai warna tu, lebih-lebih lagi yang satu warna tu, kuasa dia luas sikit, ketiga, NGO-NGO islam tu buatlah program yang mampu bagi kesedaran kat orang Malaysia ni, keempat, buatlah rumah-rumah perlindungan untuk golongan yang telah terlanjur

Masyarakat
Masyarakat,  masyarakat ni pulak, perlu lah berifikiran terbuka untuk terime anak-anak yang telah berzina, bukan redha dengan mereka, tapi membantu, tak pun biar je mereka, pastu bu bapa, tak perlu la mengaku dorang  anak, kalau nak bayi-bayi dibuang menjelang merdeka ni, pastu golongan agama ni , tolonglah didik mereka jadi generasi yang lebih baik, terima mereka sebagai manusia, saya teringat kata-kata seorang motivator ni, kita banyak kata orang  x berfiran terbuka, tapi sejauh mana kita terbuka?......haa.itu lah persoalan yang harus dijawab


harapan ku, setiap pihak lah same2 cegah perkara ni sebelum jadi parah, kita dah tahu bende ni salah, kite sedari ia salah maka cegah lah ia dari jadi parah..katakan TAK NAK KEPADA ZINA! kepada remaja, katakan BELIA BENCI ZIONIS DAN ZINA 


Lagu Mendamai jiwa