Hargai Diri

akal mengetahui potensi diri, lalu menghantar mesej ke dalam hati tentang mesej potensi diri, lalu disebarkan kesegenap tubuh, maka tubuh menjadi mampu berdiri sendiri....begitulah hidup manusia, dalam hidupnya berpesan-pesan

Thursday, September 30, 2010

1 yang keramat

Hari ni, banyak seruan2 ke arah kesatuan ummah yang menyeru manusia yang bertuhankan Allah dan bernabikan Muhammad SAW supaya bersatu, hari ni kite tengok keadaan umat yang bertuah ini makin hari makin di ancam perpecahan, kenapa kita menjadi begini?


Apabila kita sebut pasal kesatuan, ia merujuk kepada keadaan bersatu, saye lihat hari ini, manusia sebok melaungkan peperangan dan pertlingkahan antara satu sama lain, sesat menyesatkan , tuduh menuduh dan mcm2 lagi, kite dengar juga ada seruan-seruan yang mengajak kepada kesatuan , kebaikan , dan kesejahteraan.

Kini kita tgk masalah umat Islam makin meruncing dan jadi nanah yang tunggu mase nak pecah, je... umat Islam skrg ni tengah leka dengan budaya hiburan dan mcm2 lagi racun2 yang mencemari hidup...

kenape kita perlu bersatu?

1. Kita berkongsi  segala-galanya

Apabila umat Islam ni berkongsi segalanya, akan terjadilah Ummah yang bermaksud masyarakat universal yang dianggotai oleh berbagai jenis kaum dan bangsa disatukan oleh komitmen masing-masing terhadap Islam. Oleh itu, setiap individu Muslim secara automatik, mahu tidak mahu, adalah seorang anggota dalam kesatuan Umat Islam. Dalam erti kata yang lain iman dan tauhid adalah faktor penyatuan dan bukan lagi warna kulit, bahasa dan bangsa.

ade jugak orang2 Islam yang mengaku tuhannya ialah Allah, tapi mengaku jugak dia la yang paling betol, orang len plak salah, kalau mcm ni, mcm ne umat nak jadi kuat balik, kite tahu tentang sejarah umat Islam yang gilang gemilang, ramai tokoh-tokoh dan kerajaan -kerajaan yang kuat, contohnya Kerajaan Uthmaniah,  yang mempunyai empayar yang luas, kekuatan yang baik, ini disebabkan tentera dan rakyatnya bersatu, umat Islam dizaman tu  berkongsi segalanya dan dan berusaha untuk mengekalkan perkongsian yang ada. kita umat Islam berkongsi Tuhan yang satu , kiblat yang satu, syahadah yang satu, pendek kate sume same, hmmm bahase je mungkin lain, saya sedih kenape umat skrg ni suke sangat bertekak sama sendiri? nak tunggu negara bintang banyak  dan berbelang merah putih dan geng2 lanunnya  serang dulu kot, baru nak bersatu...hmm.

2. Masalah Umat Islam yang makin meruncing
Saya teringat satu tulisan syekh Yusuf Al Qardhawi, beliau menulis tentang 7 isu masalah umat Islam hari ni, iaitu: 
1. Kemunduran sains dan terknologi
2. Kezaliman sosial dan ekonomi
3. Kuku besi dan perjuangan politik
4. Isu pembaratan, serangan ideologi dan budaya
5.Pencerobohan golongan Zionist
6. Isu perpecahan umat arab dan islam
7. Acuh tak acuh dan keruntuhan moral..

kite tengok umat Islam skrg ni mcm hilang punca dek terpengaruh dengan pihak tertentu yang cube melagakan kite, orang yang cube pecah belahkan kite ni, memang 'ikhlas' menghuru harakan keadaan. hentkanlah fitnah dan menyesat-nyesatkan org lain.....Hntikan mulut2 busuk dari berbicara untuk pecahkan kita!







Saturday, September 18, 2010

Raya yang sepi

Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam di Malaysia, semoga raya yang dilalui penuh dengan kegembiraan.....

Aidilfitri, adalah raya untuk meraikan  kejayaan dan  kemenangan bagi umat Islam setelah melalui puasa dengan jayanya, tapi persoalannye, berape ramai yang tahu raye itu apa? sebab kebelakangan ini saya lihat banyak perkara yang tidak lagi mengambarkan perayaan yang beroh Islam, akan tetapi yang nampak sekarang ini raya yang berunsur kepada hiburan, kelalaian, yang hanya ade unsur Islam hanyalah takbir raya , ziarah menziarah  dan bermaaf-maafan, tapi kalau tengok tv, akan ade program2 yang berunsur dan mengajak  manusia menjadi terlalu seronok utk lekat balik kotoran kat badan setelah mandi dalam untuk sucikan diri dalam bulan ramadan.

Ade pulak golongan tertentu sambut raya dengan percapuran lelaki dan perempuan ,hmmm x tau lah pe nak jadi...jangan sampai roh Islam terpadam dalam perayaan, ingatlah wahai orang Malaysia, sejarah umat Islam yang dikalahkan oleh mat-mat monggol dulu..,dorang beraya dengan penuh kelailaian , nak ke Malaysia jadi mcm tu?......saya cadangkan media mencari idea-idea baru dalam pembikinan program untuk hari raye ytang lebih memberikan motivasi lagi,untuk beramal dalam hidup....

Ingat, jangan sampai kite jadi msyrkt barat yang sambut kirsmas tanpa roh agama.....ingat